PROFIL SYARIKAT

Syarikat Pelancongan Almaziah Mobility Travel & Tours telah ditubuhkan diatas impian dan inspirasi Pengarah Syarikat pada tahun 2014, menyedari hakikat bahawa sektor pelancongan ini amat mengalakkan, maka bermulalah operasi sepenuhnya pada tahun 2014 dengan menyediakan perkhidmatan pelancongan yang lebih efisyen dan sempurna supaya dapat memenuhi keperluan dan permintaan khususnya dalam sektor Swasta, Kerajaan, Koporat, Syarikat-syarikat Perniagaan, Sekolah-sekolah, Universiti-universiti dan Badan-badan Berkanun.
Sektor perkhidmatan yang dimaksudkan ialah dari Penempahan dan Penghantaran Tiket, Penempahan Hotel, Umrah dan Ziarah, Penyewaan Kenderaan, Pakej-pakej Domestik dan Antarabangsa.
“Fly The World With Us” adalah matlamat dan motto kami yang unggul, dengan perkembangan yang pesat dari sektor pelancongan dan pengembaraan maka kami telah mendefinasikan matlamat ini supaya menjadi kenyataan dengan mempromosikan pelbagai tempat-tempat menarik di Malaysia sempena program “Cuti-Cuti Malaysia” dan kerajaan Malaysia supaya warganegara Malaysia khususnya dapat melancong ke semua Destinasi Domestik dengan lebih sempurna dan ekonomi.
Syarikat Pelancongan Almaziah Mobility Travel & Tours juga menyediakan Pelancongan dan Pengembaraan di Luar Negara, oleh yang demikian, kami juga telah menjalinkan perhubungan kami dengan syarikat-syarikat pelancongan di luar negara bagi mencapai matlamat ini.
“Fly The World With Us” sebagai matlamat dan prinsip utama syarikat, Almaziah Mobility Travel & Tours. Bagi pihak pengurusan dan kakitangan berjanji akan menguruskan segala keperluan anda dengan cara yang terbaik dan berpatutan mengikut citarasa serta kehendak yang memuaskan bagi kedua belah pihak.
Akhir sekali Almaziah Mobility Travel & Tours amat berharap agar segala cita-cita dan matlamat kami mendapat sokongan dan pengiktirafan daripada semua pihak dan sama-sama dapat mencapai keunggulan serta wawasan globalisasi yang diimpikan.

Syarikat juga:-
  • Menjadikan ALMAZIAH MOBILITY TRAVEL & TOURS SDN BHD sebagai sebuah syarikat yang bersaing maju di pasaran dan menawarkan produk pelancongan yang pelbagai untuk pilihan para pelanggan.
  • Menyediakan kakitangan yang terlatih, bertanggungjawab, dedikasi, amanah dan profesional demi menjamin serta mengekalkan perkhidmatan yang cemerlang.
  • Memperkenalkan Malaysia sebagai bangsa yang berbudi bahasa dan berbudaya di persada dunia.
  • Memohon rezeki yang halal yang diberkati dan dibelanjakan ke jalan yang diberkati juga demi kebaikan sekalian Ummah.
  • Menjalin hubungan silaturahim antara ALMAZIAH MOBILITY TRAVEL & TOURS dengan pelanggan, pihak perhotelan, agensi pelancongan, jabatan kerajaan & swasta ke arah 1 Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

CAMERON HIGHLAND + PANGKOR ISLAND 4D3N

SHOPPING PADANG BESAR & PEKAN RABU

4D3N MALDIVES RM2499