Posts

Showing posts from August, 2017

Visit Beautiful of Terengganu 2017 (27-29 July 2017)

Image
Selepas bercuti di Negara jiran bulan lepas, kali ini saya ingin menceritakan pengalaman bercuti di dalam Malaysia pula bersama kenalan yang baru saja saya kenali sewaktu berada di Terengganu. Kali ini kami bercuti ke Terengganu selepas mendapat email dari MATTA HQ di Kuala Lumpur untuk mengikuti program “Domestic Familiarization Trip to Terengganu”. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosikan lagi negeri Terengganu Darul Iman ke seluruh negeri. Trip kami bermula dari Kuala Lumpur ke Tasik Kenyir dan kami bertolak dari Kuala Lumpur pada sebelah malam melepasi Plaza Tol Gombak sekitar jam 12.30malam. Kami mengikuti Lebuhraya KL-Karak, dan kemudian terus masuk ke LPT 1 dan LPT2 sebelum menuju terus ke Kuala Berang dan Pengkalan Gawi. HARI PERTAMA Sekitar  jam 8pagi kami sampai di Jeti Pengkalan Gawi dan terus bertolak ke Pan Dragon Cruise untuk bersarapan pagi . Perjalanan yang mengambil masa 20minit dari Jeti dengan menaiki speedboat. Memang excited habes sebab first tim