4D3N Vietnam Ho Chi Minh RM1499
VIETNAM
HO CHI MINH (SAIGON)
Cadangan Aturcara
Hari 01 Kuala Lumpur - Saigon (MT/MM) Berlepas dari KLIA 2.Setibanya di Bandar Ho Chi Minh anda akan dibawa makan tengahari dan dalam perjalanan anda akan diberi keterangan mengenai Bandar Ho Chi Minh. Kemudian anda daftar masuk hotel dan makan malam. Hari 02 Terowong Chu Chi – Ben Thanh Shopping (SP/MT/MM)
Selepas sarapan di hotel, lawatan
diteruskan ke Terowong Chu Chi dimana ia digunakan sebagai kubu perang
Vietnam dahulu. Anda boleh menimba pengalaman menembak menggunakan senjata
api berpeluru hidup dengan bayaran tertentu. Setelah balik ke HCM City anda
dibawa makan tengahari di restoran tempatan dan kemudian akan ke War Museum.
Pada sebelah petang anda akan dibawa membeli belah di Ben Thanh Market yang
mempunyai pelbagai barang-barang perhiasan yang diperbuat dari emas hingga ke
kayu-kayan.
Hari 03 My Tho City – Free Shopping (SP/MT/MM)
Selepas sarapan, anda akan di bawa
melawat ke My Tho City dan dibawa menaiki sampan panjang melalui Sungai
Mekong dan melawat dusun buah-buahan. Anda akan dijamu dengan buah-buahan
mengikut musim ketika itu dan juga diberi minuman istimewa (teh dicampur
madu). Sambil itu alunan muzik tradisional akan dimainkan. Kemudian lawatan
diteruskan ke Ben Tre Province iaitu ladang ternakan lebah dan makanan
berasaskn kelapa. Makan tengahari di HCM dan pada sebelah petang anda boleh
membeli belah di Vi Anh Boutique dan juga Ben Thanh Market.
Hari 04 Saigon – Kuala Lumpur (SP)
Selepas sarapan, anda bebas dengan atucara sendiri sementara menunggu penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. |
HARGA TERMASUK:
Tiket penerbangan pergi dan balik Penginapan di hotel 3 Bintang ( Twin Sharing), Lawatan, makan/minum seperti dlm aturcara, tiket masuk (jika ada), Tip, insuran berkumpulan |
Bank
in ke akaun cimb : Almaziah Mobility Travel & Tours Sdn Bhd 8007-1820-38



Comments
Post a Comment