Posts

Visit Beautiful of Terengganu 2017 (27-29 July 2017)

Image
Selepas bercuti di Negara jiran bulan lepas, kali ini saya ingin menceritakan pengalaman bercuti di dalam Malaysia pula bersama kenalan yang baru saja saya kenali sewaktu berada di Terengganu. Kali ini kami bercuti ke Terengganu selepas mendapat email dari MATTA HQ di Kuala Lumpur untuk mengikuti program “Domestic Familiarization Trip to Terengganu”. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosikan lagi negeri Terengganu Darul Iman ke seluruh negeri. Trip kami bermula dari Kuala Lumpur ke Tasik Kenyir dan kami bertolak dari Kuala Lumpur pada sebelah malam melepasi Plaza Tol Gombak sekitar jam 12.30malam. Kami mengikuti Lebuhraya KL-Karak, dan kemudian terus masuk ke LPT 1 dan LPT2 sebelum menuju terus ke Kuala Berang dan Pengkalan Gawi. HARI PERTAMA Sekitar  jam 8pagi kami sampai di Jeti Pengkalan Gawi dan terus bertolak ke Pan Dragon Cruise untuk bersarapan pagi . Perjalanan yang mengambil masa 20minit dari Jeti dengan menaiki speedboat. Memang excited habes sebab first tim

ACEH TOUR 7-9 JULY 2017

Image
Kembara saya kali ini ke Bumi Serambi Mekah, Aceh ditemani sahabat-sahabat rapat di bumi bersejarah Aceh Darussalam, yang kaya dengan tradisi islam dan nusantara, keramahan dan kejujuran warganya serta keindahan alam yang mempesona. Aceh bukanlah asing bagi masyarakat Malaysia, wilayah ini merupakan salah satu wilayah istimewa dalam negara Indonesia dan terletak di utara kepulauan sumatera. Bandar utama bagi provinsi Aceh ialah Banda Aceh. Selain itu, Aceh juga berdekatan dengan pulau-pulau Andaman dan Nicobar, India dimana ianya hanya dipisahkan oleh Laut Andaman. Terdapat 10 kumpulan etnik di wilayah ini di mana suku Aceh mewakili 80 hingga 90% daripada jumlah populasi. Aceh dikenali umum sebagai wilayah yang mana bermulanya penyebaran Islam di Indonesia dan telah memainkan peranan penting sebagai pusat penyebaran agama Islam di Asia Tenggara. Dipercayai, agama islam telah tiba di Aceh sekitar tahun 1250 masihi dan pada awal tahun 1700, Kerajaan Aceh tersohor sebagai kerajaan yan